Tamadun Awal Asia Tenggara-P4C

Just another p4cfmpng-ppc.blogs.smjk.edu.my blog

 

Perhubungan antara kerajaan agraria dengan kerajaan maritim

Perhubungan antara kerajaan agraria dengan kerajaan maritim ……

1. Kerajaan agraria dan kerajaan maritim saling bergantung dan melengkapi antara satu sama lain.

2. Kerajaan agraria menjadi pembekal hasil pertanian dan hasil hutan kepada kerajaan maritim.

a) Beras merupakan barangan dagangan utama antara kerajaan agraria dengan kerajaan maritim. Conyohnya, kerajaan Sailendra di Jawa Tengah yang mempunyai penduduk yang ramai serta sistem pertanian yang lebih baik mampu menghasilkan beras yang berlebihan untuk dibekalkan kepada kerajaan-kerajaan maritim.

b) Bahan mentah seperti kayu yang baik juga amat diperlukan keraqjaan maritim untuk membina kapal. Ini boleh diperoleh di kawasan pedalaman kerajaan agraria, contohnya daripada kerajaan Pegu di Burma.

c) Kerajaan maritim juga memerlukan binatang kenderaaan seperti gajah untuk dijadikan kenderaan raja. Ini boleh diperoleh dari kerajaan agraria di Burma dan Siam.

d) Kerajaan agraria juga dapat membekalkan tenaga buruh yang mahir, contohnya tukang kayu dan tukang batu untuk kerajaan maritim.

3. Kerajaan agraria pada masa yang sama bergantung kepada kerajaan maritim untuk memperoleh barangan mewah dari kawasan luar seperti China dan India.

a) Barangan mewah yang diperoleh itu menjadi sumber kekayaan dan keagungan kerajaan agraria.

b) Antara barangan mewah yang popular di kalangan kerajaan agraria ialah tembikar China, telstil dari India dan China serta barangan gelas dan manik.

Filed under : kerajaan maritim
By p4cfmpng.ppc@smjk.edu.my
On July 16, 2009
At 8:49 pm
Comments : 0
 
 

Kerajaan Maritim-Gambar lain berkaitan dengan kerajaan Maritim

Kerajaan Maritim……

senibina-awal-kedah-candi-model-bangunan-dipamirkan-di-muzium-negara-kuala-lumpur.jpg

Senibina awal Kedah, Candi, model bangunan, dipamirkan di Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Inderapura

inderapura1.jpg

candi-di-lembah-bujang.gif         candi-lembah-bujang.jpg

Candi di Lembah Bujang

Filed under : kerajaan maritim
By p4cfmpng.ppc@smjk.edu.my
On
At 1:01 am
Comments : 0
 
 

Kerajaan Kedah Tua di Maritim

  

Kerajaan Kedah Tua

peta-champa-1.jpg

1.Kedah Tua yang terletak di Lembah Bujang merupakan sebuah lagi kerajaan maritim yang sering disebut sumber China(dikenali sebagai Chieh-cha) dan sumber India(dikenali sebagai Kataha).

2.Kerajaan ini berkembang maju antara abad ke 5-13 M dan merupakan pelabuhan dan kerajaan tertua di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu.

3.Terletak di Sungai Mas dan kemudiannya berpindah ke Sungai Bujang.

4.Penduduknya menganuti agama Buddha dan kemudiannya mulai abad ke-11 agama Hindu pula dianuti. Ini terbukti oleh terjumpanya tinggalan candi berunsur Hindu dan Buddha.

5.Memainkan peranan sebagai pelabuhan entrepot sebelum munculnya Melaka.

6.Bukti Kedah Tua berperanan sebagai pelabuhan enterpot:

       - Penemuan tembikar China yang dihasilkan pada zaman Dinasti Tang, Dinasti Song dan Dinasti Yuan.

       – Penemuan pelita tembaga dan tembikar dari Timur Tengah yang bertarikh abad ke-9 – 10 M.

       – Pelbagai jenis manik dari tempat seperti Indai, Sri Lanka dan Burma juga ditemui.

7.Faktor yang mempengaruhi perkembangan pelabuhan Kedah Tua:

       – Gunung Jerai yang berdekatan merupakan mercu tanda yang dapat memandu kapal-kapal pedagang keluar masuk        pelabuhannya.

       – Kedudukannya yang  strategik di laluan perdagangang di Selat Melaka.

       – Pelabuahannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun barat daya dan monsun timur laut.

       – Terdapatnya kemudahan-kemudahan seperti kemudahan memunggah, memuat dan menyimpan barang  serta bekalan minuman dan makanan.

       – Kawasan sekitarnya yang kaya dengan hasil hutan.

       – mudah memperolehbarangan luar seperti kain kapas, sustera, teh, tembikar, kaca dan manik. 

kaki-gunung-jerai.JPG

Gunung Jerai

lembah-bujang.jpg

Tamadun di selatan Kedah atau di Lembah Bujang (Serpent Valley ) di awal abad Masihi hingga 20 Masihi mempunyai perhubungan yang sangat intim dengan aktiviti perdagangan maritim di antara beberapa negara di Asia, China, Asia Barat dan India.

Filed under : kerajaan maritim
By p4cfmpng.ppc@smjk.edu.my
On
At 12:17 am
Comments : 0
 
 

Kerajaan Srivijaya di Maritim

  

Kerajaan Srivijaya

sriwijaya2.jpg

› merupakan kerajaan maritim yang terulung di rantau Asia Tenggara.

› dikenali sebagai Shih-li-fo-shi dalam rekod China.

› terkenal dengan angkatan tentera lautnya yang besar:

a) dianggotai pelbagai golongan rakyat termasuk Orang Laut yang mahir dalam bidang pelayaran.

b) membolehkan Srivijaya mengawal perdagangan di Selat Melaka serta mengawal keselamatan kerajaan.

› mempunyai kedudukan yang strategik.

a) lokasinya di Selat Melaka menyediakan tempat persinggahan kapal yang semula jadi bagi saudagar-saudagar yang berdagang di antara India dengan China.

b) kedudukannya di muara Sungai Musi membolehkannya mengumpulkan hasil dan barangan dagangan dari kawasan-kawasan di pedalamannya.

› penduduknya mahir dalam bidang pelayaran dan pembinaan kapal yang besar. Ini jelas dicatatkan I-Tsing pada tahun 671 M.

Filed under : kerajaan maritim
By p4cfmpng.ppc@smjk.edu.my
On July 12, 2009
At 4:52 pm
Comments : 0
 
 

Pelabuhan-pelabuhan di Kerajaan Maritim

  

» » »Pelabuhan-pelabuhan di Kerajaan Maritim

 ♥ Pelabuhan-pelabuhan yang wujud di kerajaan-kerajaan maritim dibahagikan kepada beberapa kategori, antaranya:

 a) Pelabuhan Pembekal

- Merupakan pelabuhan peringkat terawal.

- Berperanan membekalkan hasil tempatan seperti logam (timah dan emas), hasil hutan (damar, kayu gaharu, rotan), hasil laut dan juga makanan kepada para pedagang yang singgah untuk mendapatkannya.

- Contoh pelabuhan pembekal ialah Kuala Selinsing (Perak), Jenderaan Hilir dan Klang(Selangor) dan Kuala Berang (Terngganu).

b) Pelabuhan Kerajaan

- Merupakan pelabuhan yang telah berkembang maju apabila terbina sebuah kerajaan di sekitar pelabuhan pembekal.

- Masih berperanan sebagai pelabuhan pembekal dan tempat berdagang, tetapi untuk kawasan yang lebih luas.

- Antara pelabuhab kerajaan yang wujudialah Champa, Kedah Tua, Langkasuka dan Srivijaya.

- Pada awalnya, pelabuhan itu berdagang dengan kawasan yang berhampiran, contohnya antara Champa dengan Langkasuka.

- Pelabuhan tersebut kemudiannya berkembang sehingga dapat menarik perhatian pedagang dari pesisir pantai Teluk Siam, Kemboja, Vietnam, China Selatan, India dan barat.

c) Pelabuhan Entrepot

- Merupakan pelabuhan yang memperdagangkan hasil tempatan serta hasil dari kerajaan lain yang dibekalkan kepadanya kepada pedagang antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya.

- Pelabuhan ini juga membeli barangan daripada pedagang antarabangsa untuk diedarkan kepada saudagar-saudagar yang datang dari pelabuhan sekitarnya dan yang datang dari kawasan takluknya.

- Pelabuhan ini berkembang dari pelabuhan kerajaan yang mempunyai kedudukan yang amat strategik. Contohnya Kedah Tua dan Srivijaya, Ini berdasarkan :

    •Lokasinya di Selat Melaka dan Selat Sunda.

    •Kedudukannya di lautan perdagangan di antara India dan China.

    •Kawasan sekitarnya yang kaya dengan pelbagai hasil logam, hasil hutan dan hasil pertanian.

Filed under : kerajaan maritim
By p4cfmpng.ppc@smjk.edu.my
On
At 4:34 pm
Comments : 0
 
 

Kerajaan Maritim……..

  

Kerajaan Maritim……..

Isi-Isi :

1.Lokasinya adalah di muara lembah sungai, di kawasan pesisir pantai dan di kawasan kepulauan. Antara kerajaan maritim yang utama ialah :

a) Di tanah Melayu : Langkasuka(Sungai Yarang), Kalah(Sungai Takuapa), Kedah Tua(Sungai Merbok dan Sungai Muda), Chih-tu(Sungai Kelantan), Fo-lo-an(Sungai Terengganu), Peng-keng(Sungai Pekan,Pahang) dan Tiumah(Pulau Tioman).

b) Di kepulauan Indonesia : Srivijaya(Sungai Musi) dan Mo-lo-yu(Sungai Batang Hari).

2.Pada peringkat awal, pendudukkerajaan maritim menjalankan aktiviti menangkap ikan dan memungut hasil laut.

3.Ada sesetengah petempatan maritim merupakan kawasan pengeluar bijih logam seperti emas dan timah.

4.Apabila barangan yang dihasilkan petempatan setempat, ia akan diperdagangkan dan petempatan maritim tersebut akan berkembang menjadi tempat berdagang.

5.Kerajaan-kerajaan maritim mempunyai sekurang-kurangnya sebuah pelabuhan yang dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan untuk aktiviti perdagangan. Antaranya ialah kemudahan beklan air, penginapan, gudang untuk menyimpan barang dan kawasan untuk aktiviti jual beli.

6.Kawasan di sekitar Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera sememangnya kaya dengan logam emas dan timah yang dapat menarik pedagang asing ke pelabuhan-pelabuhan di sini. Buktinya, dalam catatan Yunani, Ptolemy memberikan nama ‘ Golden Khersinese ‘  (Semenanjung Emas) kepada Semenanjung Tanah Melayu. Saudagar-saudagar India pula memberikan nama ‘Suvarnadvipa’  (Semenanjung Emas) dan ‘Suvarnabhumi’ (Bumi Emas) kepada Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera.

7.Penduduk kerajaan maritim terdiri daripada orang tempatan, Orang Laut dan pedagang luar.

a) Di kerajaan maritim biasanya lebih daripada satu bahasa digunakan.

b) Bahasa Melayu telah lama dijadikan masyarakat maritim sebagai bahasa perhubungan (lingua franca) di rantau Asia Tenggara.

8.Bahasa melayu digunakan dalam urusan perdagangan. Keadaan ini wujd kerana orang melayu merupakan pelaut, pedagang dan peneroka yang terulung di rantau Asia Tenggara.

9.Pelabuhan masyarakat Melayu juga lengkap dengan pelbagai kemudahan dan terletak di lokasi yang strategik. Akibatnya, mereka berjaya muncul sebagai kuasa politik di rantau Asia Tenggara. Contohnya, kerajaan Champa dan kerajaan Srivijaya.

10.Kerajaan maritim berkembang maju kerana :-

a) Penduduk mempunyai kemahiran belayar ke kawasan yang jauh untuk berdagang, Ini dilakukan dengan berpandukan bintang di langit.

b) Mereka mempunyai kemahiran membuat perahu untuk perdagangan jarak dekat dan kapal layar perdagangan jarak jauh.

Filed under : kerajaan maritim
By p4cfmpng.ppc@smjk.edu.my
On
At 3:56 pm
Comments : 0
 
 

KERAJAAN MARITIM – Pengenlan

< Pengenlan >

                                                   KERAJAAN MARITIM

Kerajaan maritim ialan kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan perdagangan dan kelautan, serta berfungsi sebagai pelabuhan

→ Kerajaan ini terletak berhampiran dengan kawasan di persisir pantai, lembah sungai dan kepulauan.

     Contoh : kerajaan Srivijaya di Sungai Musi.

                      kerajaan Kedah Tua di Sungai Merbok.

                      kerajaan Tiumah di Pulau Tioman (Pahang)

Filed under : kerajaan maritim
By p4cfmpng.ppc@smjk.edu.my
On
At 2:09 pm
Comments : 0
 
 
 
This site is protected by Comment SPAM Wiper.