Tamadun Awal Asia Tenggara-P4C

Just another p4cfmpng-ppc.blogs.smjk.edu.my blog

 

Kerajaan Maritim……..

  

Kerajaan Maritim……..

Isi-Isi :

1.Lokasinya adalah di muara lembah sungai, di kawasan pesisir pantai dan di kawasan kepulauan. Antara kerajaan maritim yang utama ialah :

a) Di tanah Melayu : Langkasuka(Sungai Yarang), Kalah(Sungai Takuapa), Kedah Tua(Sungai Merbok dan Sungai Muda), Chih-tu(Sungai Kelantan), Fo-lo-an(Sungai Terengganu), Peng-keng(Sungai Pekan,Pahang) dan Tiumah(Pulau Tioman).

b) Di kepulauan Indonesia : Srivijaya(Sungai Musi) dan Mo-lo-yu(Sungai Batang Hari).

2.Pada peringkat awal, pendudukkerajaan maritim menjalankan aktiviti menangkap ikan dan memungut hasil laut.

3.Ada sesetengah petempatan maritim merupakan kawasan pengeluar bijih logam seperti emas dan timah.

4.Apabila barangan yang dihasilkan petempatan setempat, ia akan diperdagangkan dan petempatan maritim tersebut akan berkembang menjadi tempat berdagang.

5.Kerajaan-kerajaan maritim mempunyai sekurang-kurangnya sebuah pelabuhan yang dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan untuk aktiviti perdagangan. Antaranya ialah kemudahan beklan air, penginapan, gudang untuk menyimpan barang dan kawasan untuk aktiviti jual beli.

6.Kawasan di sekitar Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera sememangnya kaya dengan logam emas dan timah yang dapat menarik pedagang asing ke pelabuhan-pelabuhan di sini. Buktinya, dalam catatan Yunani, Ptolemy memberikan nama ‘ Golden Khersinese ‘  (Semenanjung Emas) kepada Semenanjung Tanah Melayu. Saudagar-saudagar India pula memberikan nama ‘Suvarnadvipa’  (Semenanjung Emas) dan ‘Suvarnabhumi’ (Bumi Emas) kepada Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera.

7.Penduduk kerajaan maritim terdiri daripada orang tempatan, Orang Laut dan pedagang luar.

a) Di kerajaan maritim biasanya lebih daripada satu bahasa digunakan.

b) Bahasa Melayu telah lama dijadikan masyarakat maritim sebagai bahasa perhubungan (lingua franca) di rantau Asia Tenggara.

8.Bahasa melayu digunakan dalam urusan perdagangan. Keadaan ini wujd kerana orang melayu merupakan pelaut, pedagang dan peneroka yang terulung di rantau Asia Tenggara.

9.Pelabuhan masyarakat Melayu juga lengkap dengan pelbagai kemudahan dan terletak di lokasi yang strategik. Akibatnya, mereka berjaya muncul sebagai kuasa politik di rantau Asia Tenggara. Contohnya, kerajaan Champa dan kerajaan Srivijaya.

10.Kerajaan maritim berkembang maju kerana :-

a) Penduduk mempunyai kemahiran belayar ke kawasan yang jauh untuk berdagang, Ini dilakukan dengan berpandukan bintang di langit.

b) Mereka mempunyai kemahiran membuat perahu untuk perdagangan jarak dekat dan kapal layar perdagangan jarak jauh.

Filed under : kerajaan maritim
By p4cfmpng.ppc@smjk.edu.my
On July 12, 2009
At 3:56 pm
Comments : 0
 

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.