Tamadun Awal Asia Tenggara-P4C

Just another p4cfmpng-ppc.blogs.smjk.edu.my blog

 

Perhubungan antara kerajaan agraria dengan kerajaan maritim

Perhubungan antara kerajaan agraria dengan kerajaan maritim ……

1. Kerajaan agraria dan kerajaan maritim saling bergantung dan melengkapi antara satu sama lain.

2. Kerajaan agraria menjadi pembekal hasil pertanian dan hasil hutan kepada kerajaan maritim.

a) Beras merupakan barangan dagangan utama antara kerajaan agraria dengan kerajaan maritim. Conyohnya, kerajaan Sailendra di Jawa Tengah yang mempunyai penduduk yang ramai serta sistem pertanian yang lebih baik mampu menghasilkan beras yang berlebihan untuk dibekalkan kepada kerajaan-kerajaan maritim.

b) Bahan mentah seperti kayu yang baik juga amat diperlukan keraqjaan maritim untuk membina kapal. Ini boleh diperoleh di kawasan pedalaman kerajaan agraria, contohnya daripada kerajaan Pegu di Burma.

c) Kerajaan maritim juga memerlukan binatang kenderaaan seperti gajah untuk dijadikan kenderaan raja. Ini boleh diperoleh dari kerajaan agraria di Burma dan Siam.

d) Kerajaan agraria juga dapat membekalkan tenaga buruh yang mahir, contohnya tukang kayu dan tukang batu untuk kerajaan maritim.

3. Kerajaan agraria pada masa yang sama bergantung kepada kerajaan maritim untuk memperoleh barangan mewah dari kawasan luar seperti China dan India.

a) Barangan mewah yang diperoleh itu menjadi sumber kekayaan dan keagungan kerajaan agraria.

b) Antara barangan mewah yang popular di kalangan kerajaan agraria ialah tembikar China, telstil dari India dan China serta barangan gelas dan manik.

Filed under : kerajaan maritim
By p4cfmpng.ppc@smjk.edu.my
On July 16, 2009
At 8:49 pm
Comments : 0
 

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.