Tamadun Awal Asia Tenggara-P4C

Just another p4cfmpng-ppc.blogs.smjk.edu.my blog

 

Pelabuhan-pelabuhan di Kerajaan Maritim

  

» » »Pelabuhan-pelabuhan di Kerajaan Maritim

 ♥ Pelabuhan-pelabuhan yang wujud di kerajaan-kerajaan maritim dibahagikan kepada beberapa kategori, antaranya:

 a) Pelabuhan Pembekal

– Merupakan pelabuhan peringkat terawal.

– Berperanan membekalkan hasil tempatan seperti logam (timah dan emas), hasil hutan (damar, kayu gaharu, rotan), hasil laut dan juga makanan kepada para pedagang yang singgah untuk mendapatkannya.

– Contoh pelabuhan pembekal ialah Kuala Selinsing (Perak), Jenderaan Hilir dan Klang(Selangor) dan Kuala Berang (Terngganu).

b) Pelabuhan Kerajaan

– Merupakan pelabuhan yang telah berkembang maju apabila terbina sebuah kerajaan di sekitar pelabuhan pembekal.

– Masih berperanan sebagai pelabuhan pembekal dan tempat berdagang, tetapi untuk kawasan yang lebih luas.

– Antara pelabuhab kerajaan yang wujudialah Champa, Kedah Tua, Langkasuka dan Srivijaya.

– Pada awalnya, pelabuhan itu berdagang dengan kawasan yang berhampiran, contohnya antara Champa dengan Langkasuka.

– Pelabuhan tersebut kemudiannya berkembang sehingga dapat menarik perhatian pedagang dari pesisir pantai Teluk Siam, Kemboja, Vietnam, China Selatan, India dan barat.

c) Pelabuhan Entrepot

– Merupakan pelabuhan yang memperdagangkan hasil tempatan serta hasil dari kerajaan lain yang dibekalkan kepadanya kepada pedagang antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya.

– Pelabuhan ini juga membeli barangan daripada pedagang antarabangsa untuk diedarkan kepada saudagar-saudagar yang datang dari pelabuhan sekitarnya dan yang datang dari kawasan takluknya.

– Pelabuhan ini berkembang dari pelabuhan kerajaan yang mempunyai kedudukan yang amat strategik. Contohnya Kedah Tua dan Srivijaya, Ini berdasarkan :

    •Lokasinya di Selat Melaka dan Selat Sunda.

    •Kedudukannya di lautan perdagangan di antara India dan China.

    •Kawasan sekitarnya yang kaya dengan pelbagai hasil logam, hasil hutan dan hasil pertanian.

Filed under : kerajaan maritim
By p4cfmpng.ppc@smjk.edu.my
On July 12, 2009
At 4:34 pm
Comments : 0
 

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.