Tamadun Awal Asia Tenggara-P4C

Just another p4cfmpng-ppc.blogs.smjk.edu.my blog

 

Kerajaan Agraria……..

  

Kerajaan Agraria……

Isi-Isi :

1.Tamadun awl Asia Tenggara terbentuk secara evolusi seperti tamadun awal yang lain di dunia.

a)Kemunculan kerajaan ini bermula dengan kewujudan petempatan kekal di kawasan yang subur, contohnya di lembah-lembah sungai.

b)Petempatan kemudiannya berkembang menjadi bandar dan akhirnya menjadi sebagai kerajaan.

2.Tanaman utama yang diusahakan di lembah sungai ialah padi kerana kawasan tersebut mendapat bekalan air yang mencukupi

untuk penanaman padi sawah.

3.Di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat air, dibuat teres dan relung untuk penanaman padi huma.

4.Tanaman lain yang ditanam sebagai tanaman sampingan ialah pisang, jagung, keledek, sayur-sayuran dan buah-buahan.

    Pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam juga dihasilkan.

5.Pendudukan agraria khususnya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman juga menjalankan kegitan mengumpul hasil hutan

seperti damar, kayu cendana, kapur barus, kayu gaharu, tanduk, gading dan buah-buahan.

6.Sarang burung juga dikumpulkan dari kawasan gua untuk diperdagangkan.

7.Di kawasan sawah, paya dan sungai, kegiatan menangkap ikan dan kegitan mendapatkan kulit kura-kura juga diusahakan.

8.Pendudk agraria juga menternak binatang seperti ayam, kambing, kerbau dan lembu.

9.Apabila terdapat lebihan daripada hasil ternakan dan tanaman, lebihan tersebut akan dipasarkan dan dibekalkan untuk memenuhi

keperluan penduduk yang tidak terlibat dalam pertanian, khususnya masyarakat bandar atau penduduk maritim.

10.Pembinaan sisitem pengairan yang baik mempengaruhi perkembangan pertanian.

Filed under : kerajaan agraria
By p4cfmpng.ppc@smjk.edu.my
On July 11, 2009
At 9:20 pm
Comments : 0
 

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.