Tamadun Awal Asia Tenggara-P4C

Just another p4cfmpng-ppc.blogs.smjk.edu.my blog

 

Kerajaan Kedah Tua di Maritim

  

Kerajaan Kedah Tua

peta-champa-1.jpg

1.Kedah Tua yang terletak di Lembah Bujang merupakan sebuah lagi kerajaan maritim yang sering disebut sumber China(dikenali sebagai Chieh-cha) dan sumber India(dikenali sebagai Kataha).

2.Kerajaan ini berkembang maju antara abad ke 5-13 M dan merupakan pelabuhan dan kerajaan tertua di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu.

3.Terletak di Sungai Mas dan kemudiannya berpindah ke Sungai Bujang.

4.Penduduknya menganuti agama Buddha dan kemudiannya mulai abad ke-11 agama Hindu pula dianuti. Ini terbukti oleh terjumpanya tinggalan candi berunsur Hindu dan Buddha.

5.Memainkan peranan sebagai pelabuhan entrepot sebelum munculnya Melaka.

6.Bukti Kedah Tua berperanan sebagai pelabuhan enterpot:

       - Penemuan tembikar China yang dihasilkan pada zaman Dinasti Tang, Dinasti Song dan Dinasti Yuan.

       – Penemuan pelita tembaga dan tembikar dari Timur Tengah yang bertarikh abad ke-9 – 10 M.

       – Pelbagai jenis manik dari tempat seperti Indai, Sri Lanka dan Burma juga ditemui.

7.Faktor yang mempengaruhi perkembangan pelabuhan Kedah Tua:

       – Gunung Jerai yang berdekatan merupakan mercu tanda yang dapat memandu kapal-kapal pedagang keluar masuk        pelabuhannya.

       – Kedudukannya yang  strategik di laluan perdagangang di Selat Melaka.

       – Pelabuahannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun barat daya dan monsun timur laut.

       – Terdapatnya kemudahan-kemudahan seperti kemudahan memunggah, memuat dan menyimpan barang  serta bekalan minuman dan makanan.

       – Kawasan sekitarnya yang kaya dengan hasil hutan.

       – mudah memperolehbarangan luar seperti kain kapas, sustera, teh, tembikar, kaca dan manik. 

kaki-gunung-jerai.JPG

Gunung Jerai

lembah-bujang.jpg

Tamadun di selatan Kedah atau di Lembah Bujang (Serpent Valley ) di awal abad Masihi hingga 20 Masihi mempunyai perhubungan yang sangat intim dengan aktiviti perdagangan maritim di antara beberapa negara di Asia, China, Asia Barat dan India.

Filed under : kerajaan maritim
By p4cfmpng.ppc@smjk.edu.my
On July 16, 2009
At 12:17 am
Comments : 0
 

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

 
 
This site is protected by Comment SPAM Wiper.